Bermula secara kecil-kecilan dengan menghantar bungkusan kecil kerepek pisangnya ke kedai makan, kini Puan Nor Zailin Haron boleh tersenyum apabila perniagaannya mendapat sambutan daripada orang ramai.
Pada awalnya beliau hanya berniaga kerepek pisang berangan yang ditanamnnya sendiri dan sekarang terdapat pelbagai jenis pisang seperti pisang nangka, nipah, tanduk dan kerepek bawang.
Perniagaanya telah beroperasi selama 10 tahun dan semakin berkembang apabila beliau menjual produknya melalui laman web lubukkerepek.my dan menjadi pembekal kepada ejen-ejen yang berminat dalam perniagaan kerepek.