Soalan Lazim - BIZ.MY
Permohonan .BIZ.MY di bawah PRIME dibuka untuk Perusahaan Kecil Sederhana Mikro (MSME). MSME merangkumi kategori Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana seperti yang boleh dirujuk di SME Corp Malaysia.
Pendaftaran .BIZ.MY melalui PRIME akan mendapat pakej GO2 Brand Standard* yang mempunyai perkhidmatan pemetaan (domain redirect) ke lima (5) aplikasi popular seperti WhatsApp, Instagram, Google Maps dan banyak lagi.
*Perkhidmatan pemetaan domain untuk .BIZ.MY hanya boleh didapati melalui permohonan di PRIME sahaja.
*Perkhidmatan pemetaan domain untuk .BIZ.MY hanya boleh didapati melalui permohonan di PRIME sahaja.
Anda boleh memohon satu (1) .BIZ.MY untuk satu (1) tahun berserta pakej GO2 Brand Standard secara percuma dengan menggunakan kod kupon daripada agensi terpilih.
Jika tiada, anda boleh menggunakan kod “MYBIZ” semasa anda membuat permohonan di halaman PRIME.
Jika tiada, anda boleh menggunakan kod “MYBIZ” semasa anda membuat permohonan di halaman PRIME.
Tempoh promosi adalah mengikut budi bicara MYNIC.
Setiap MSME hanya layak memohon satu (1) biz.my secara percuma selama satu (1) tahun sepanjang tempoh promosi. Pendaftaran baru .BIZ.MY berikutnya akan dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM80 setahun (tidak termasuk cukai perkhidmatan 6%).
Pendaftaran .BIZ.MY melalui PRIME dibenarkan hanya untuk tempoh 1 tahun sahaja. Yuran pembaharuan nama domain yang didaftarkan melalui PRIME akan dimaklumkan oleh MYNIC.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil:
- Anda akan menerima emel pengesahan permohonan.
- Hantar salinan sijil pendaftaran syarikat atau perniagaan kepada customercare@mynic.my bagi pengesahan kelayakan.
- Pihak MYNIC akan memproses permohonan anda dan e-mel pengaktifan nama domain akan dihantar sekiranya permohonan anda berjaya.
Anda akan menerima e-mel memaklumkan status permohonan berjaya/ditolak.
Ya, dengan syarat anda adalah Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) sepanjang tempoh promosi.