Soalan Lazim - Program Latihan
MYNIC menyediakan Program Latihan Membina Laman Web dan pemasaran digital yang membantu usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) membina laman web mereka sendiri di samping mempelajari ilmu pemasaran digital.
Melalui program ini, peserta akan dibimbing tenaga pengajar berpengalaman, menggunakan modul yang direka khas dengan jumlah keseluruhan 13 jam. Pada akhir latihan ini, peserta akan berupaya membina dan menyenggara laman web mereka sendiri di samping mengaplikasi ilmu pemasaran digital seperti SEO untuk memaksimakan capaian kepada pelanggan. Peserta juga akan berpeluang menyertai Komuniti .MY untuk menikmati bantuan selepas latihan, kursus ulangan secara percuma, didedahkan kepada trend pasaran terkini, peluang memenangi hadiah dan banyak lagi!
Peserta perlu mempunyai komputer dan akses internet untuk menjalani program latihan kerana ia akan dijalankan menerusi aplikasi Zoom. Peserta hanya perlu mempunyai pengetahuan asas mengendalikan komputer, menjadikan program ini sesuai untuk disertai kebanyakan usahawan.
Peserta yang menyertai program latihan ini secara automatik akan dijemput untuk menyertai Komuniti .MY kami, di mana mereka boleh berhubung dengan tenaga pengajar, menyertai latihan ulangan dan kursus-kursus lain secara percuma di mana MYNIC akan berkongsi trend pasaran terkini.
Program Latihan ini terbuka kepada individu atau syarikat dan dokumen yang diperlukan untuk proses pendaftaran adalah salinan MYKAD untuk pengguna individu atau salinan sijil SSM untuk syarikat/organisasi. Senarai penuh keperluan dokumen mengikut jenis organisasi boleh dirujuk di sini
Pelan ditawarkan pada harga RM3,500 (tidak termasuk 8% ST).
Peserta boleh menghubungi bank penyedia kad kredit untuk membuat bayaran secara ansuran. Dengan menggunakan kemudahan ansuran, peserta akan tertakluk kepada terma dan syarat daripada bank penyedia kad kredit.
Program latihan keseluruhan adalah 13 jam yang terdiri daripada 2 sesi berasingan iaitu sesi pengenalan (Introduction) selama satu (1) jam dan diikuti sesi kelas ‘hands-on’ pembinaan laman web untuk dua (2) hari selama enam (6) jam setiap hari. Sesi kelas ‘hands-on’ pembinaan laman web akan diadakan dalam tempoh 10 hari selepas menghadiri sesi pengenalan (Introduction).
Pada hari ke-7 selepas menghadiri sesi pengenalan (Introduction), peserta akan menerima emel untuk pemilihan nama domain bagi melengkapkan proses pendaftaran aplikasi laman web. Pelan aplikasi laman web dan domain akan diaktifkan dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas menerima maklumat dokumen pengesahan yang lengkap. Peserta boleh menghubungi training@mynic.my sekiranya tidak menerima emel untuk pendaftaran nama domain.
Emel pengaktifan akan dihantar kepada peserta dalam masa satu (1) hari bekerja selepas membuat pemilihan nama dan melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan untuk pendaftaran aplikasi laman web.
Anda bebas menggunakan aplikasi laman web dan domain sebelum memasuki kelas ‘hands-on’ untuk membiasakan diri dengan fungsi aplikasi tersebut.
Hanya nama domain .BIZ.MY yang telah didaftarkan melalui Program Realisasi Impian Ekonomi Digital (PRIME) sahaja boleh digunakan dalam program latihan ini. Identiti pemilik nama domain .BIZ.MY tersebut dan pembeli pelan latihan mestilah sama untuk membolehkan ia digunapakai dalam aplikasi.
Peserta yang belum mengaktifkan produk mereka dalam masa 14 hari selepas pembelian layak menerima pemulangan bayaran. Namun, jumlah pemulangan bayaran ditetapkan pada jumlah RM1,500 sahaja.
Permohonan dan pembayaran untuk menyertai program latihan boleh dilakukan di training.mynic.my dan perlu memasukkan ‘referrral code’ yang boleh diperolehi dari wakil jualan sah MYNIC. Untuk maklumat lanjut boleh untuk menyertai program latihan ini boleh menghubungi training@mynic.my
Peserta digalakkan menggunakan komputer semasa menghadiri kelas ‘hands-on’ untuk mendapat pengalaman pembelajaran yang optimum.