Miliki lebih daripada sekadar laman web

Pelajari bagaimana membina laman web anda sendiri + pemasaran digital dalam masa 3 hari

Reka dan bina laman web anda sendiri

Gunakan solusi yang direka khusus untuk anda bina laman web sendiri bagi mempamer produk, mempromosi perniagaan, menjual secara dalam talian dan banyak lagi. Pilih sahaja daripada ratusan templat yang tersedia yang boleh disunting mengikut citarasa anda.

Kami latih anda secara hands-on dalam talian

Melalui modul khas selama 13 jam, tenaga pengajar yang berpengalaman akan membimbing anda cara memilih nama domain yang tepat, sehingga proses pembayaran dalam talian. Semua ini hanya dari rumah.

Jadi sebahagian daripada Komuniti .MY kami

(Eksklusif kepada alumni) Program Latihan MYNIC adalah salah satu daripada inisiatif PRIME (Program Realisasi Impian Ekonomi Digital) bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana untuk mengorak langkah ke arah transformasi digital. Peserta Program Latihan MYNIC dijemput menyertai Komuniti .MY selepas menamatkan program latihan. Melalui Komuniti .MY, peserta akan menikmati bantuan selepas latihan, kursus ulangan percuma, pendedahan kepada trend pasaran terkini, peluang memenangi hadiah dan banyak lagi!

Pelan Latihan MYNIC

eCommerce Website Builder

Sesuai untuk semua jenis perniagaan

Ratusan templat untuk dipilih

Mula dari kosong atau pilih daripada ratusan templat yang direkabentuk secara profesional untuk anda bangunkan laman web dengan pantas

Drag, drop dan siap!

Sunting laman web mengikut citarasa anda menggunakan teknik drag-and-drop di aplikasi kami. Sunting laman web anda bila-bila masa, walaupun menggunakan telefon pintar atau tablet

Uruskan semuanya melalui satu Platform eDagang

Bina kedai dalam talian anda, uruskan pesanan yang diterima, terima bayaran dan uruskan proses penghantaran - semua dari platform kami

Laman web mesra peranti mudah alih

Templat laman web kami akan disesuaikan secara automatik apabila dilayari menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet

Jual beli di media sosial

Tambahkan gedung dalam talian anda di Facebook, Instagram dan platform media sosial lain

Integrasi dengan media sosial

Promosi dan kongsikan perniagaan anda ke semua platform media sosial dengan hanya satu klik

Urus pesanan pelanggan anda dengan mudah

Dashboard ringkas kami memudahkan anda menguruskan produk dan pesanan

Dilengkapi dengan SSL

Bina kepercayaan pelanggan kepada laman web anda dengan sijil perakuan SSL

Siapa yang patut sertai?

  • Usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang mahu meluaskan pasaran dan membina penjenamaan mereka
  • Individu yang mahu membina penjenamaan digital serta memaparkan hasil kerja dan portfolio mereka
  • Pencipta laman web yang mahu memulakan langkah pertama membina sendiri laman web
  • Usahawan atau individu yang sudah menjual produk di media sosial dan mahu cara yang lebih baik untuk pengurusan inventori

Apa kata peserta sebelum ini?

Apa yang anda akan pelajari?

Semua kelas akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris

Pengenalan

Pengenalan (Selasa, 1 jam)
  • Fahami kepentingan nama domain dan penjenamaan digital

Kelas

Pembangunan Laman Web 1 (Sabtu, 6 jam)
  • Pelajari kaedah tetapan laman web
  • Asas pembangunan laman web menggunakan templat, blok dan lain-lain
  • Mahirkan diri dengan tetapan dashboard dan ciri-ciri lain
Pembangunan Laman Web 2 (Ahad, 6 jam)
  • Sediakan kedai dalam talian anda dan tetapkan fungsi pembayaran
  • Fahami kepentingan mempunyai blog dan mula menulis blog
  • Optimasi Enjin Carian (SEO)

Pilih tarikh latihan anda

eCommerce Website Builder Training



Pilih tarikh latihan anda

Social Commerce Website Builder Training



Soalan Lazim

Terma & Syarat