Accessibility & Settings

DEACTIVATE READER VIEW
×

Search For:

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors

5,000 Malaysian Berlari Dengan Sehati Sejiwa

KUALA LUMPUR, 23 Ogos 2015 – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan MYNIC telah menganjurkan program Larian Sehati Sejiwa bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini. Program tersebut berjaya mengumpulkan seramai lebih 5,000 orang di kalangan pelbagai pelari daripada seluruh Malaysia.

Larian Sehati Sejiwa telah dirasmikan oleh YB Dato’ Jailani Johari, Timbalan Menteri KKMM serta turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha (KSU) KKMM dan En. Hasnul Fadhly Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC.

Objektif utama program ini adalah untuk menyemarakkan semangat patriotisma dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Program tersebut terbahagi kepada kategori 10 km, 5 km dan 3 km untuk kanak-kanak berumur antara 7 dan 12 tahun.

YB Dato’ Jailani Johari berkata, “Larian Sehati Sejiwa ini bukan sekadar untuk menggalakkan gaya hidup sihat tetapi juga mampu menyatukan rakyat Malaysia dalam semangat perpaduan. Ia juga membuktikan bahawa larian merupakan aktiviti yang menyeronokkan dan mampu mendatangkan manfaat kepada keluarga mahupun rakan-rakan.

Antara tarikan utama adalah hadiah wang tunai bernilai lebih RM10,000 dan hadiah-hadiah menarik yang lain termasuk hadiah wang tunai untuk 10 pelari pilihan serta cabutan bertuah. Antara hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan adalah merupakan 5 motorsikal, 10 basikal dan 20 alatan sukan.
Keunikan dan tarikan Larian Sehati Sejiwa ini adalah setiap peserta berlari bersama bendera Malaysia dan melalui 5 check points untuk mengambil foto secara “selfie” atau “wefie”

“Saya sangat gembira dan teruja dapat menganjurkan program ini untuk pertama kalinya di peringkat kebangsaan. Larian Sehati Sejiwa adalah satu usaha oleh MYNIC dan KKMM untuk bersama-sama dengan masyarakat sekaligus dapat memperkenalkan inisiatif yang ditawarkan oleh MYNIC iaitu program myBuddies. Melalui pendekatan sebegini kita mampu untuk mensasarkan kepada khalayak yang lebih besar dengan cara yang lebih menarik,” kata Hasnul.

Program ini juga diharap dapat meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia, khususnya melalui pemilikan .my dan program komuniti. Ia direka khas bagi memastikan pembangunan identiti komuniti internet dan perniagaan dalam talian berkembang.

Ujar Hasnul ,“Ini akan menggalakkan belia dan usahawan untuk lebih berani menonjolkan perniagaan mereka secara dalam talian. Setiap pelari akan menerima dua nama domain .my untuk memudahkan mereka memulakan aktiviti perniagaan dalam talian mereka”.

MYNIC merupakan sebuah agensi di bawah KKMM bertanggungjawab membangunkan industri nama domain sebagai sebahagian daripada infrastruktur ICT di Malaysia.

You may also be interested in: