Accessibility & Settings

DEACTIVATE READER VIEW
×

Search For:

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors

Ahmad Elrafaei
filemmalaysia.my

Projek Arkib Filem Malaysia atau lebih dikenali sebagai Filem Malaysia merupakan inisiatif yang diwujudkan daripada program E-Bengkel Pendigitalan Komuniti Industri Kandungan Kreatif Malaysia yang dianjurkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Pengarah projek ini iaitu Elrafaei Sapi telah mewujudkan laman web filemmalaysia.my dan masih dalam proses pengumpulan data dan bahan-bahan filem.

Elrafaei Sapi yang merupakan pengamal media berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang kewartawanan sebagai wartawan, editor, editor bersekutu, produser kandungan dan editor pengurusan di pelbagai agensi media termasuk pernah berkhidmat di dua agensi akhbar terbesar iaitu Kosmo dan Harian Metro. Beliau juga mempunyai pengalaman luas dalam bidang portal berita menerusi 8 jenama portal berita berpengaruh iaitu Malaysian Digest dan lima portal berita di bawah Astro; Studio H, Rojak Daily, Rojak Daily Kaw, Rojak Daily Skop! dan Astro Gempak manakala selepas itu bersama Free Malaysia Today (FMT) dan mempunyai portal berita sendiri, Kafebuzz.

Elrafaei sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pensyarah sambilan dan kini sebagai Pembantu Penyelidik di Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan masih melanjutkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang kajian arkib filem digital. Elrafaei juga merupakan pengarah filem dokumentari, Arkib Filem Malaysia (Filem Malaysia) terbitan FINAS. Beliau juga menerbitkan buku autobiografi pertama Mawi berjudul ‘Mawi Dalam Lautan Manusia’ yang kini sudah dijual di pasaran.

Pencapaian terbaik beliau ialah meraih Anugerah Kewartawanan Industri Filem Malaysia 2017 (AKIFMA 2017) kategori Anugerah Media Baharu dan pemenang utama kategori Bahasa Malaysia Anugerah Integriti 2012 anjuran Institut Integriti Malaysia dan Malaysia Press Institute (MPI).

Other Cerita .MY Saya