En Aliff Afiq merupakan seorang Pereka Karya Digital (Digital Creator). Karya fotografi dan videografi beliau telah beberapa kali dipaparkan di media cetak dan elektronik.
Minat yang mendalam dengan dunia pendidikan membuatkan beliau melibatkan diri dalam bidang akademik sebagai tenaga pengajar di beberapa universiti dan kolej tempatan sebelum mengambil keputusan untuk memberikan tumpuan sepenuh masa kepada syarikat kreatif miliknya dan menggunakan nama domain aliffafiq.my sebagai salah satu inisiatif ke arah penjenemaan digital.
Kini, beliau diberi kepercayaan oleh sebuah badan kerajaan untuk melatih para usahawan khususnya dalam bidang fotografi dan videografi.