Pengalaman dalam industri kreatif selama 35 tahun menjadikan Encik Francis Maluda lebih terbuka dan yakin bahawa laman web mampu menjana pendapatan yang lebih lumayan terutamanya di kala pendemik COVID-19.
Beliau mula mengubah fikiran untuk bertukar corak perniagaannya kepada digital apabila menemui iklan di laman FB MYNIC Berhad mengenai pembangunan laman e-dagang dengan tajaan MYNIC-FINAS.
Dengan memiliki nama domain sabahitvnetwork.my Beliau kini terus melebarkan kreativitinya apabila “content” yang dihasilkan mendapat permintaan produksi antaranya KiniTV selain Sabah Tourism Board bagi tujuan promosi perlancongan negeri Sabah.