Pn Jamilah Mohd Yusoff hilang pekerjaan sebagai Pengurus Pentadbiran pada tahun 2016 apabila syarikatnya dihentikan operasi serta merta disebabkan masalah ekonomi yang melanda negara.
Demi meneruskan kelangsungan hidup, beliau memberanikan diri untuk menceburi bidang baru sebagai pengurus kewangan dan pelaburan. Pada mulanya agak sukar untuk mendapatkan pelanggan kerana bidang ini memerlukan kepercayaan pelanggan yang sangat tinggi.
Setelah mengikuti program usahawan atas talian anjuran MYNIC pada 2019, beliau mempunyai laman web sendiri iaitu richmindsolutions.my. Masalah untuk mendapat kepercayaan pelanggan dapat diatasi dengan wujudnya laman
web tersebut.