Puan Zanariah Abdullah merupakan pengasas dan pengarah kepada Gold Buroq Global. Antara produk popular yang dihasilkan oleh syarikat Gold Buroq global pada ialah produk sambal dan pes, Cik Midah. Menggunakan resepi turun temurun, penggunaan jenama produk Cik Midah diambil sempena nama ibu beliau iaitu Allahyarhamah Hajah Mazidah BInti Mohd Yunus.
Kelebihan produk mereka adalah dapat membantu para pengembara,para ibu yang sibuk, orang yang berkejaya, serta pelajar yang memerlukan makanan halal dan menjimatkan masa memasak mereka semudah koyak dan hidang atas pinggan.
Sebelum wujudnya laman web goldburoqglobal.my, beliau hanya dapat berkongsi maklumat produk melalui media sosial, namun selepas mempunyai laman web, beliau merasa lebih yakin untuk berkongsi mengenai perniagaan dan produk Sambal Cik Midah kerana membuka peluang untuk menembusi pasaran luar negara.Di samping itu, laman web banyak membantu para pelanggan lebih yakin kepada produk Cik Midah. Sistem perniagaan menjadi lebih lancar dan menjimatkan masa dengan pembelian melalui laman web.