Accessibility & Settings

DEACTIVATE READER VIEW
×

Search For:

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors

Larian Bertopeng Mybuddies Run Gegarkan Cyberjaya

CYBERJAYA, 20 Disember 2015 – Selepas kejayaan program Larian Sehati Sejiwa pada bulan Ogos lalu, MYNIC sekali lagi mengadakan program larian unik dan kali ini giliran Cyberjaya menjadi laluan pilihan.

Program hujung tahun yang menarik dan meriah ini dikenali sebagai myBuddies Run, yang merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak MYNIC dalam menyokong inisiatif pembangunan negara dan menggalakkan gaya hidup aktif dalam talian.

Acara pelepasan peserta dilakukan oleh En. Hasnul Fadhly Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC di Persiaran Flora, Cyberjaya.

Membawa konsep larian bertopeng, ia merangkumi perlumbaan sejauh 3km, 5km dan 10km dan menyaksikan lebih 5,000 peserta telah mengambil bahagian dalam program tersebut. Lebih daripada RM25,000 hadiah wang tunai ditawarkan dan dimeriahkan lagi dengan siri cabutan bertuah yang bernilai lebih RM100,000 termasuk dua buah kereta Perodua Axia, tiga buah motorsikal dan lima buah basikal berjenama.

Cyberjaya menjadi pilihan laluan larian kali ini kerana keindahannya, rekabentuk insfrastruktur yang bagus dan persekitaran yang sihat.

Mengulas kajayaan program tersebut, Hasnul berkata “Ketika ini, program larian dilihat sebagai gabungan aktiviti kecergasan yang mampu membawa keseronokan kepada masyarakat. myBuddies Run juga dilihat mampu menjadi salah satu program gaya hidup sihat yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Malaysia”.

Turut dianjurkan pada program larian tersebut adalah pelbagai aktiviti yang menarik seperti  persembahan artis terkenal tanahair, ruang bergambar, jualan trak makanan dan minuman serta jualan but kereta bagi memeriahkan lagi program tersebut.

Bagi merealisasikan objektif MYNIC untuk menggalakkan gaya hidup dalam talian yang aktif, peserta larian myBuddies juga akan menerima dua nama domain .my atau F-Secure Anti-virus serta hadiah sampingan yang lain. Ia bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi Malaysia, terutamanya melalui pemilikan domain .my dan pembangunan identiti komuniti internet serta perniagaan dalam talian.

Hasnul menambah, “Ini akan menggalakkan belia dan usahawan lebih berani dalam memasarkan perniagaan mereka. Nama domain .my sangat berguna untuk penjenamaan mereka dan akan memudahkan untuk memulakan aktiviti dalam talian”.

MYNIC merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang bertanggungjawab membangunkan industri nama domain sebagai sebahagian daripada insfrastruktur ICT di Malaysia. 

You may also be interested in: