Accessibility & Settings

DEACTIVATE READER VIEW
×

Search For:

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors

Brochure : Program Latihan Penguasaan Pasaran Digital Anjuran MYNIC

Bermula dari tahun 2019, program latihan yang menyasarkan kepada usahawan luar bandar, juga dikenali sebagai offline to online” ini merupakan inisiatif MYNIC dalam membantu dan membawa perniagaan yang berasaskan luar talian untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan dalam talian offline to online ) dan seterusnya bersedia menghadapi pasaran global ekonomi digital dunia.

Antara modul latihan yang ditawarkan adalah
• Pembinaan laman web,
• Teknik meningkatkan jumlah lawatan ke lawan web atau adaptasi SEO,
• Teknik pemasaran melalui media sosial
• Penambahbaikan kandungan dalam memasarkan perniagaan

Pendedahan dan kesedaran telah berjaya dijalankan kepada lebih 1,000 orang peserta melalui pelbagai Program Latihan Penguasaan Pasaran Digital ini yang telah bermula sejak April sehingga Disember 2019.

Hasil daripada program latihan menunjukkan bahawa terdapat peningkatan melebihi 100% pendapatan para peserta yang memulakan perniagaan hanya di pasaran tempatan sehingga menjadi usahawan dalam talian yang berjaya untuk mengembangkan produk mereka ke pasaran antarabangsa.

MYNIC amat mengalu alukan para peserta untuk turut serta di dalam latihan “offline to online” ni.

Antara kriteria asas yang perlu disaring terlebih dahulu iaitu :
1. Peserta mesti merupakan usahawan yang mempunyai produk ataupun servis yang boleh dijual dan dipasarkan kepada para pelanggan.
2. Peserta perlu yang mempunyai asas pengetahuan internet (IT) seperti email dan media sosial. 
3. Peserta perlu mempunyai kelengkapan komputer atau komputer riba laptop ) yang mempunyai sambungan talian internet.
4. Peserta perlu sanggup memberi komitmen dan meluangkan masa untuk mengikuti latihan yang akan dijalankan.

Sekiranya Tuan/Puan/ berminat untuk menyertai Program Latihan Penguasaan Pasaran Digital Anjuran MYNIC Berhad Bagi Tahun 2020, Tuan/Puan disarankan untuk mengisi borang yang disediakan dan mengembalikan borang yang lengkap diisi kepada pihak urusetia.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program Latihan Penguasaan Pasaran Digital Anjuran MYNIC Bagi Tahun 2020, boleh hubungi Encik Firdaus Hamzah di talian 03 80082000 atau firdaus@mynic.my

You may also like: