Accessibility & Settings

DEACTIVATE READER VIEW
×

Search For:

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors

Gaya Hidup Sihat Bersama Program Mybuddies

PUTRAJAYA, 12 Mei 2016 – Sejak tahun 2013, program myBuddies anjuran MYNIC telah berkembang mengikut trend masa kini dan pada tahun ini tumpuan lebih kepada pengamalan gaya hidup sihat. Matlamat utama adalah untuk meningkatkan kesihatan dan kecergasan masyarakat umum di seluruh Negara, di samping menggalakkan aktiviti dalam talian di kalangan rakyat Malaysia.

Untuk tahun 2016, dua acara akan dilancarkan di bawah program ini iaitu myBuddies Strikers dan myBuddies Run.

myBuddies Strikers

myBuddies Stikers akan membawakan dua petandingan boling bertempat di Wangsa Bowl, IOI City Mall Putrajaya pada 29 Mei dan 14 Ogos 2016. Membawakan elemen semangat berpasukan serta mensasarkan lebih 200 peserta terutamanya golongan generasi muda.

“myBuddies Strikers mensasarkan pencarian pemain remaja yang berbakat besar di Malaysia dan pada masa yang sama ia turut membuka peluang mengasah bakat para pemain melalui pendedahan kemahiran teknikal dan pengalaman permainan. Para peserta juga berpeluang membangunkan kemahiran luar bidang seperti bidang teknologi maklumat, untuk membolehkan mereka memperlihatkan potensi dan membentuk tahap kepimpinan dalam segala bidang yang dipilih”, kata Hasnul Fadhly Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif, MYNIC.

Boling adalah salah satu sukan yang menjadi pilihan ramai terutamanya di kalangan belia Malaysia, selain sukan seperti futsal, badminton dan larian. Melalui populariti yang semakin meningkat, myBuddies Strikers diramal dapat menghubung dan membina satu komuniti di kalangan para peminat sukan boling.

myBuddies Strikers ini turut disokong oleh beberapa rakan strategik termasuk Wangsa Bowl, Ten Senses (M) Sdn Bhd dan Howei Sdn Bhd. Dengan yuran penyertaan sebanyak RM240 bagi satu kumpulan, pemain mempunyai peluang untuk memenangi hadiah wang tunai sehingga RM6,000. Setakat ini, sebanyak lebih 32 kumpulan telah membuat pendaftaran dalam talian untuk menyertai program ini.

myBuddies Run 2016

Melalui kejayaan Larian Sehati Sejiwa dan myBuddies Run 2015, telah menjadikan program myBuddies Run 2016 sebagai salah satu acara larian paling dinanti-nantikan masyarakat Malaysia. myBuddies Run telah menarik perhatian golongan pelari tempatan untuk mencabar diri menerokai laluan baru yang merangkumi mercu tanda indah dan bersejarah di sekitar pinggir Cyberjaya dan Putrajaya.

Hasnul berkata, “Acara larian ini adalah gabungan aktiviti kecergasan yang mempunyai turut diterapkan elemen kemeriahan. Kami percaya myBuddies Run telah menjadi satu program gaya hidup sihat yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Program pada kali ini bukan sahaja akan menambah bilangan peserta dan pengalaman peserta tetapi turut mengalami evolusi penambahbaikan yang lebih inovatif terhadap penganjuran pertandingan”.

Membawakan konsep larian bertopeng, ia merangkumi perlumbaan sejauh 3km, 5km dan 10km yang akan menyaksikan sejumlah 7,000 peserta akan mengambil bahagian dalam acara ini. Hadiah menarik berupa wang tunai bernilai lebih daripada RM12,000 turut ditawarkan kepada pemenang kategori 10km.

myBuddies Run dianjurkan bersempena Hari Kebangsaan 2016 yang bertujuan untuk mengumpulkan semua rakyat Malaysia untuk sama-sama meraikan hari yang penuh bersejarah di samping menyemarakkan semangat perpaduan negara. Program ini akan diadakan pada 21 Ogos 2016 dan disokong penuh oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Semua peserta program-program myBuddies layak untuk memenangi cabutan bertuah bernilai sehingga RM65,000 termasuk sebuah Proton Iriz, basikal berjenama dan hadiah-hadiah lain. Pendaftaran boleh dibuat secara online di laman web www.mybuddies.my.

Sebagai sebahagian daripada objektif MYNIC untuk menggalakkan gaya hidup dalam talian yang aktif, semua peserta program myBuddies akan menerima nama domain .MY atau antivirus. Ia bertujuan untuk membantu pembangunan masyarakat internet dan perniagaan dalam talian.

“Ini akan menggalakkan belia dan usahawan untuk lebih menonjol dalam pemasaran perniagaan mereka secara dalam talian. Nama domain .MY amat berguna untuk penjenamaan mereka dan akan membuat ia lebih mudah bagi mereka untuk memulakan aktiviti dalam talian mereka, “kata Hasnul.

MYNIC adalah merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang bertanggungjawab membangunkan industri nama domain sebagai sebahagian daripada infrastruktur ICT di Malaysia.

You may also be interested in: