Accessibility & Settings

DEACTIVATE READER VIEW
×

Search For:

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors

MYNIC BERHAD PERKENAL COOP.MY KEPADA HAMPIR 15,000 KOPERASI BERDAFTAR

CYBERJAYA, 1 November 2022 – Koperasi yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bakal menerima manfaat dalam mendigitalkan premis perniagaan mereka melalui perjanjian persefahaman (MoU) yang dimeterai bersama MYNIC Berhad pada 1 November 2022.

MYNIC Berhad, agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) yang merupakan pendaftar dan pentadbir tunggal rasmi nama domain .MY telah memperkenalkan inisiatif Program Realisasi Impian Ekonomi Digital (PRIME) dan pengenalan nama domain COOP.MY sebagai identiti digital khas kepada hampir 15,000 koperasi yang berdaftar dengan SKM.

YBhg. Datuk Ts. Hasnul Fadhly Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC Berhad berkata MoU tersebut merupakan salah satu inisiatif bersama untuk membantu koperasi yang berdaftar dalam meningkatkan kapasiti serta keupayaan perniagaan mereka dari ‘offline’ ke ‘online’.

“Sejajar dengan tema sambutan 100 tahun gerakan koperasi Malaysia iaitu Gerakan Koperasi Membangun Keluarga Malaysia, COOP.MY yang diperkenalkan bakal menjadi platform kepada mereka untuk meningkatkan daya saing, kompetitif serta kekal relevan selain merangsang pertumbuhan aktiviti ekonomi digital negara.”

“Insya Allah dengan termeterainya Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara MYNIC, SKM dan IKMa ini, matlamat kami adalah untuk terus memainkan peranan yang sewajarnya sebagai salah satu pembolehupaya di dalam ekosistem ekonomi digital dengan memperkasa mereka melalui pelbagai inisiatif yang dirancang.”

“Pendigitalan merupakan salah satu strategi yang penting di era ekonomi kini, transformasi pendigitalan premis perniagaan mampu berfungsi sebagai penyambung hayat sesebuah perniagaan terutamanya ketika di dalam fasa peralihan pendemik ini. Melalui asset digital negara iaitu COOP.MY, ianya dapat membantu mereka mengembangkan perniagaan serta menaik taraf perniagaan agar sesuai dengan perubahan landskap ekonomi,” ujar beliau lagi.

Program Berasaskan Teknologi.

MYNIC, SKM dan juga IKMa merancang untuk menganjurkan latihan-latihan transformasipendigitalan kepada koperasi berdaftar seluruh negara.

“MYNIC akan menyediakan program bimbingan berasaskan keperluan teknologi terkini serta platform komuniti selepas sesi latihan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada kumpulan sasar.”

“Kami akan berkerjasama dengan IKMa dari segi penggunaan kemudahan fasiliti dan infrastruktur bilik kuliah serta dewan untuk penganjuran Latihan nanti,” tambah Datuk Ts. Hasnul lagi.

“MYNIC sentiasa komited dalam merealisasikan aspirasi negara untuk memperkasa ekonomi digital dalam kalangan usahawan dan juga koperasi-koperasi seluruh negara. Semoga jalinan kerjasama ini akan memberi banyak manfaat kepada mereka,” akhiri beliau.

Dokumen MoU tersebut ditandatangani oleh YBhg. Datuk Ts. Hasnul Fadhly Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC bersama YBhg. Dato Haji Zazali Haron, Pengerusi Eksekutif SKM, dan YBhg. Datuk Mohd Ali Mansor, Ketua Pengarah IKMa, sambil disaksikan oleh YBrs. Encik

Ma. Sivanesan Marimuthu, (TKSU (T)) K-KOMM dan YBrs. Dr. Mohamed Awang Lah, Pengerusi MYNIC Berhad. Turut hadir ialah YM Raja Iskandar Shah Raja Ibrahim Shah, Ahli Lembaga Pengarah MYNIC Berhad, YBrs. Encik Zaib bin Md. Yunos, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Modal Insan, IKMa, dan YBrs. Encik Hasnan bin Haji Mustapha, Setiausaha Eksekutif, ANGKASA.

You may also be interested in: