Accessibility & Settings

DEACTIVATE READER VIEW
×

Search For:

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors

Siap Siaga Terhadap Perubahan Teknologi Internet. Sudahkah Anda Bersedia Untuk DNS Flag Day?

SELANGOR, Seri Kembangan, 31 Januari 2019 – 2019 bakal menjadi satu tahun yang menjanjikan sesuatu yang menarik kepada Malaysia, di mana ekonomi digital yang semakin meningkat memerlukan struktur sokongan dan ekosistem yang kukuh untuk berkembang maju. Ini menjadikan perniagaan di Malaysia bergerak dengan lebih baik dan pantas dengan mengambil peluang mengubah landskap perniagaan mereka melalui revolusi teknologi ICT termasuk nama domain yang dilihat turut mempunyai peranan yang penting.

Ekonomi digital juga telah menjadikan tanggapan dan jangkaan pelanggan berubah dan kadangkala mampu menganggu industri. Perniagaan hari ini harus sedar tentang keperluan yang memerlukan mereka bergerak cepat dan bersesuaian dalam berurusan dengan para pelanggan mereka.

Sistem dan perisian adalah asas bagi setiap organisasi mahupun perniagaan kerana ia membolehkan mereka memperolehi manfaat yang maksimum melalui teknologi terkini.

Adalah penting bagi syarikat untuk memastikan sistem integrasi dan perisian yang terkini dalam semua aspek operasi perniagaan mereka. Ini penting bagi memastikan perniagaan mereka kekal relevan dan mengikuti teknologi terkini yang mampu membina sistem yang baik bagi memberikan keunikan kepada pelanggan mereka.

Pada 1 Februari 2019, resolusi nama domain akan mengalami transformasi global yang direka supaya Sistem Nama Domain (DNS) berfungsi dengan cekap, dan juga membolehkan pereka perisian menggunakan fungsi dan mekanisme baru termasuk dapat melindungi daripada serangan DDoS.

DNS menerjemahkan nama domain ke alamat IP bagi menyemak, menggunakan aplikasi digital dan perkhidmatan dalam talian dapat memuat naik sumber internet dalam laman web, email, aplikasi mudah alih dan sebagainya.

Pada tarikh ini, pembekal perkhidmatan dan perisian DNS akan menyingkirkan tapak yang tidak memenuhi kriteria DNS secara global daripada perisian dan perkhidmatan. Perubahan ini hanya memberi kesan kepada laman web yang tidak mematuhi perisian DNS terkini. Kesan daripada perubahan ini akan menyebabkan anda sukar untuk membuat capaian kepada nama domain, memperlahankan sistem pencarian atau ketidaksediaan kepada laman yang dicari

Kami menyarankan pemilik nama domain untuk sentiasa memastikan sistem mereka dikemaskini untuk mengelakkan laman sesawang tidak mengalami gangguan ketika DNS Flag Day. Adalah diingatkan kegagalan membuat pematuhan ini akan memberi kesan kepada nama domain yang digunakan termasuklah nama domain .MY.

Trend transformasi ini sebenarnya akan membantu membina masyarakat yang berdaya tahan dan mampan. Sama ada kita bersedia atau tidak untuk melalui transformasi digital, teknologi telah menjadi sebahagian daripada hidup kita.

MYNIC adalah pentadbir tunggal domain .MY dan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menjadi pemerhati dan memberikan kesedaran bagi mengurangkan dan meminimumkan sebarang gangguan terhadap perkhidmatan atas talian semasa proses transformasi yang akan berlaku pada 1 Februari 2019.

Untuk maklumat lanjut, organisasi atau individu yang memiliki domain .MY boleh menghubungi MYNIC di customercare@mynic.my

Ketahui lebih lanjut mengenai DNS Flag Day, sila layari https://dnsflagday.net

You may also be interested in: