Accessibility & Settings

DEACTIVATE READER VIEW
×

Search For:

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors

7,000 Sambut Hari Kebangsaan 2016 di Program MYBUDDIES RUN #sehatisejiwa

Cyberjaya, 21 Ogos 2016 – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan MYNIC telah menganjurkan program myBuddies Run #sehatisejiwa bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini. Program tersebut telah berjaya mengumpul hampir 7,000 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh negara.

myBuddies Run #sehatisejiwa adalah merupakan kesinambungan Larian Sehati Sejiwa 2015. Program tersebut telah dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, Menteri KKMM, YBhg. Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha KKMM, YBhg. Datuk Bridget Lai, Pengerusi MYNIC serta YBhg. En. Hasnul Fadhly Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC.

YB Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, “myBuddies Run #sehatisejiwa ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan dalam pada masa yang sama ia dapat menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Sejajar dengan tema Hari Kebangsaan Malaysia #sehatisejiwa ia mampu meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara di segenap lapisan masyarakat”.

Membawakan konsep larian bertopeng ia merangkumi perlumbaan sejauh 3km, 5km dan 10km di Cyberjaya yang menyaksikan lebih 7,000 pelari telah mengambil bahagian dalam program tersebut. Hadiah wang tunai bernilai RM13,000 telah dimenangi peserta larian diikuti dengan siri cabutan bertuah yang bernilai RM65,000 termasuk sebuah Proton Iriz dan lima buah basikal.

Seperti tahun sebelumnya, kelainan myBuddies ini adalah setiap peserta menerima satu topeng khas edisi Hari Kebangsaan dan perisian anti virus daripada MYNIC. Para peserta turut menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti senaman body combat yang diterajui oleh selebiriti Sharifah Sakinah dan persembahan dari artis tempatan berkumpulan bagi memeriahkan lagi program tersebut.

“Ini adalah tahun kedua MYNIC menganjurkan program larian di peringkat kebangsaan. Saya sangat gembira kerana kita berjaya melaksanakannnya dan ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan. Ia juga adalah satu usaha oleh KKMM dan MYNIC untuk bersama-sama dengan masyarakat Malaysia bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2016” kata Hasnul.

Menurut Hasnul lagi, “Sejak myBuddies diperkenalkan pada tahun 2014 ia telah berkembang dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti dan program. Melalui penganjuran larian ini kita dapat menggalakkan gaya hidup dalam talian yang aktif melalui platform program myBuddies yang telah direka bagi memastikan pembangunan identiti komuniti internet dan perkembangan perniagaan dalam talian”.

MYNIC merupakan sebuah agensi di bawah KKMM bertanggungjawab membangunkan industri nama domain sebagai sebahagian daripada infrastruktur ICT di Malaysia.

You may also be interested in: