Accessibility & Settings

DEACTIVATE READER VIEW
×

Search For:

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors

Ceriakan Syawal Bersama MYNIC Membantu Keluarga Yang Memerlukan

PUTRAJAYA, 30 Mei 2019 – Dalam menjalankan sebahagian daripada strategi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) terhadap komuniti, MYNIC telah menganjurkan program #MYNICCARES Ceriakan Syawal Bersama MYNIC hari ini. Seramai lebih 50 keluarga Asnaf yang terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan dan anak-anak kelainan upaya (OKU) telah mendapat manfaat daripada program ini.

Program CSR #MYNICCARES ini turut disertai YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), YBhg. Datuk Hasnul Fadhly Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC dan turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi KKMM dan MYNIC.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 29 & 30 Mei 2019 yang membabitkan 4 siri Program CSR. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Penyerahan Sumbangan Raya kepada 30 keluarga Asnaf di Masjid Pulau Meranti, Puchong. Selain itu juga aktiviti kemasyarakatan turut dijalankan dengan menziarahi lima buah rumah keluarga Asnaf yang mempunyai ahli keluarga OKU. Tujuan lawatan ini adalah untuk merasai sendiri kekurangan dan kesusahan yang dihadapi oleh mereka dalam menjalani kehidupan seharian, di samping menyerahkan sumbangan bagi meringankan beban dalam membuat persediaan menyambut Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.

Kemuncak program CSR #MYNNICCARES adalah dengan membawa golongan Asnaf yang mempunyai anak-anak OKU untuk merasai keseronokan membuat persediaan menyambut Hari Raya dengan membeli keperluan Hari Raya seperti baju, kasut dan sebagainya di Parkson IOI City Mall, Putrajaya dan seterusnya diadakan majlis iftar di Le Meridien Hotel, Putrajaya. Pada majlis tersebut telah diadakan aktiviti penyerahan duit raya dan juga penyerahan hamper raya kepada semua keluarga Asnaf yang terlibat.

Dengan penganjuran program sebegini, ia menunjukkan yang MYNIC tidak hanya memfokuskan kepada hal-hal pentadbiran dan operasi semata-mata sebaliknya syarikat turut menitikberatkan perkara yang berkaitan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat. Pelbagai inisiatif CSR telah dan akan dilaksanakan oleh MYNIC untuk dinikmati oleh masyarakat di luar sana, di mana untuk strategi jangka panjang ianya akan memberi manfaat kepada sosio ekonomi negara secara keseluruhannya. MYNIC berharap dengan program tanggungjawab sosial korporat serta penyerahan wang zakat ini, ianya dapat membantu golongan yang memerlukan serta membantu meringkan beban warga Asnaf bagi menyambut Hari Raya yang bakal menjelang tiba.

Program-program #MYNICCARES yang mendapat kerjasama Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) dan Yayasan Muslimin Malaysia telah membabitkan jumlah sumbangan sebanyak RM65,000.

Program ini adalah satu inisiatif MYNIC bagi mendekati dan mendidik masyarakat sekaligus menyokong usaha Kerajaan ke arah menerapkan penglibatan digital kepada semua peringkat tanpa mengira latar belakang ataupun kedudukan sosio ekonomi.

MYNIC juga turut menjalankan Program Latihan Penguasaan Pasaran Digital bertempat di Jasin Melaka bagi mendekati dan memastikan tiada sesiapapun dikecualikan daripada menerima adaptasi teknologi terkini. Program ini menumpukan kelompok sasaran yang terdiri daripada golongan peniaga luar bandar bagi membawa golongan ini melibatkan diri dalam dunia perniagaan dalam talian. Ini adalah supaya peniaga bersedia untuk menghadapi pasaran global ekonomi digital. Seramai 100 orang disasarkan oleh MYNIC bagi mengikuti program ini.

Sebagai sebuah agensi dibawah KKMM, MYNIC yang merupakan pentadbir domain .my sentiasa mengambil peluang untuk membantu masyarakat bukan sahaja melalui perkhidmatan yang ditawarkan namun turut membantu dalam program berbentuk kemanusiaan.

-TAMAT-

You may also be interested in: