Accessibility & Settings

DEACTIVATE READER VIEW

MYNIC Menawarkan Pakej IT Fleksibel Mengikut Keperluan IKS

KUALA LUMPUR, 26 Februari 2018 – SME’s GO ONLINE merupakan inisiatif daripada MYNIC dalam menyediakan kemudahan digital yang inklusif pada Industri Kecil Sederhana (IKS) untuk terus mara ke hadapan serta mampu menembusi pasaran global. Pada masa kini, perniagaan digital bukan lagi sesuatu yang asing. MYNIC turut tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi digital secara berterusan di dalam operasi untuk terus kekal relevan dan berdaya saing dalam industri. MYNIC telah memperkenalkan produk terbaru hari ini, iaitu GO2 Solutions kepada umum termasuk rakan niaga, rakan-rakan media dan juga persatuan - persatuan usahawan di Malaysia yang memfokuskan pengusaha IKS di Malaysia. Pakej bagi produk tersebut telah direka khusus untuk entiti perniagaan untuk melangkah jauh seiring evolusi digital terutamanya dari aspek pemasaran serta kebolehupayaan perniagaan. YBhg Datuk Hasnul Fadhly Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC telah memberikan penerangan terperinci berkenaan produk tersebut kepada tetamu yang hadir. Program ini telah dilancarkan bagi memberi alternatif kepada usahawan - usahawan untuk terus mengembangkan potensi serta melebarkan sayap perniagaan melalui solusi IT. Sebagai salah satu agensi Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (KKMM), MYNIC sentiasa menyokong usaha pihak kerajaan dalam meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia melalui ekonomi digital seperti mana yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke – 11 (RMK – 11). “Kami percaya setiap perniagaan harus bergerak ke arah digital untuk terus kekal relevan dalam pasaran demi kepentingan ekonomi pada masa akan datang. GO2 Solutions dilihat sebagai produk yang mampu membuka ruang serta memberikan galakan kepada IKS untuk memanfaatkan kemudahan digital yang disediakan dalam memajukan perniagaan mengikut keperluan serta pasaran semasa. Secara tidak langsung, GO2 Solutions memudahkan para pengusaha IKS untuk lebih memahami berkenaan kelebihan penggunaan IT mengikut kesesuaian dalam perniagaan mereka.” jelas Datuk Hasnul Fadhly Hasan. SME’s GO ONLINE turut melibatkan kerjasama di antara MYNIC dan beberapa pemain utama dalam industri IT seperti AVANA, F – Secure dan juga Accellion dalam menyokong usaha untuk menerapkan penggunaan solusi digital dalam industri IKS yang dilihat akan membuka lebih banyak peluang perniagaan di samping meningkatkan produktiviti. MYNIC turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), TEKUN, BAHTERA dan pelbagai agensi dalam menjalinkan usahasama yang efektif serta menyediakan pakej solusi digital yang menyeluruh kepada IKS untuk bergerak ke arah perniagaan dalam talian. Setakat ini, GO2 Solutions telah mencecah hampir 5,000 pengguna termasuk peserta program Realiti TV “CEO DESA” yang ditayangkan di TV3 pada akhir tahun 2017. Melalui kerjasama dengan AVANA, seramai 11,000 usahawan yang menggunakan platform AVANA telah menggunakan .MY. MYNIC mensasarkan peningkatan penggunaan GO2 Solutions sebanyak 12,000 pengguna pada tahun 2018 terutamanya dalam kalangan pengusaha IKS sebagai langkah untuk menggalakkan aplikasi media digital dalam industri yang menjurus kepada penjenamaan perniagaan dalam talian yang lebih meluas. Kepada IKS yang berminat untuk menggunakan solusi GO2, sila layari shop.ichoose.my atau hubungi sales@mynic.my untuk sebarang inisiatif kerjasama.

You may also be interested in:

×

Search For: