Accessibility & Settings

DEACTIVATE READER VIEW
×

Search For:

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors

Usahawan Perusahaan Makanan Semakin Mendapat Sambutan

Premis digital menjadi platform utama promosi perniagaan

CYBERJAYA: Masyarakat Malaysia sudah terbiasa dan lebih cenderung dengan trend memesan makanan secara dalam talian susulan pasca pandemik kerana ianya lebih mudah, selamat dan mempunyai pelbagai pilihan produk. Tambahan daripada itu, bilangan video kreatif yang tular secara dalam talian serta idea pemasaran yang kreatif juga semakin rancak dimuatnaik untuk menarik minat pelanggan untuk membeli.

Apatah lagi kini rakyat Malaysia sedang menjalani ibadah puasa, para peniaga dan usahawan turut tidak ketinggalan mempromosikan produk mereka secara fizikal di Bazar Ramadhan dan secara maya di platform media sosial dan eDagang. Antara produk yang sering mendapat permintaan yang tinggi menjelang Syawal ialah produk berasaskan makanan seperti biskut raya, daging dendeng, ketupat dan pelbagai juadah tradisional yang lain.

Puan Nurul Hidayah yang juga usahawan bimbingan MYNIC turut berkongsi bagaimana beliau mempromosikan produk biskut beliau melalui premis digital hidayahcookies.com.my.

“Alhamdulillah sebelum Ramadhan lagi kami telah bertungkus lumus menyiapkan pesanan biskut raya kerana tempahan yang diterima sangat tinggi. Kami akan cuba untuk menyiapkan tempahan pelanggan sebelum raya”

“Saya menjadikan laman web saya sebagai sumber maklumat utama mengenai produk. Jadi, apabila orang nak tahu lebih lanjut tentang Hidayah Cookies, saya akan sarankan mereka untuk layari laman web saya”, ujar Nurul Hidayah.

Nurul Hidayah telah mendaftarkan jenama beliau sebagai tanda dagangan di MYIPO dan kini menggunakan nama tersebut sebagai jenama digital beliau di dalam talian. Memiliki nama domain hidayahcookies.com.my memudahkan beliau untuk dijumpai dalam talian oleh penggemar biskut di Malaysia.

“Sebelum menyertai latihan daripada MYNIC, saya sudah mempunyai laman web tetapi untuk mengemas kini laman web tersebut menjadi sukar kerana saya terpaksa menghubungi pihak luar dan ianya mengambil masa yang lama. Kini bersama MYNIC lebih mudah kerana saya sudah belajar dan saya boleh mengemaskini sendiri laman web saya pada bila-bila masa”, ujar Nurul Hidayah.

Kini, Nurul Hidayah sedang dalam usaha mempelbagaikan lagi produk biskut di bawah jenama Hidayah Cookies.

Sepasang suami isteri iaitu Taufiq dan Fatin Amira juga tidak mahu ketinggalan mempromosi dan menjual rendang dendeng di bawah jenama Dapur Kak Manja.

“Rendang dendeng produk saya adalah resipi turun temurun dan saya mula berniaga rendang dendeng ini sejak 2015. Saya memilih perniagaan ini kerana saya percaya perusahaan makanan adalah perniagaan yang memang orang akan selalu cari”

“Walaupun modal pendahuluan saya kecil tetapi saya tetap mula berniaga bersumberkan berapa sahaja modal yang saya ada ketika itu. Untuk mula berniaga tidak semestinya memerlukan modal yang besar” ujar Fatin Amira.

Melalui laman web dapurkakmanja.my, Fatin Amira membina jenama produk beliau sebagai produk yang bukan sahaja khusus untuk musim perayaan tetapi sesuai juga untuk di bawa bercuti ke luar negara. Testimoni pelanggan yang menempah rendang dendeng daripada luar negara dikongsikan di dalam laman web beliau dan secara tidak langsung meningkatkan reputasi dan kepercayaan pelanggan.

“Sejak mempunyai premis digital sendiri, pelanggan mula rasa lebih yakin dengan Dapur Kak Manja. Pembelian produk lebih sistematik dan pengurusan syarikat saya lebih teratur”, ujar Fatin lagi.

MYNIC membimbing usahawan tingkat pengetahuan premis digital

Menyedari pentingnya peranan usahawan dalam memastikan industri perusahaan makanan ini sentiasa mampan, MYNIC telah bekerjasama dengan pelbagai agensi seperti TEKUN, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Pahang Go dan Pahang Corporate Management Service.  

Hasil kolaborasi dan inisiatif ini, MYNIC telah melatih ramai perniagaan dalam bidang perusahaan makanan dan telah menjalankan program Webinar Kesedaran Transformasi Digital yang melibatkan seramai 1,000 usahawan dalam sektor ini.

YBhg. Datuk Ts. Hasnul Fadhly Hasan, Ketua Pengawai Eksekutif MYNIC Berhad berkata inisiatif seperti ini adalah untuk memupuk kesedaran di kalangan usahawan tentang pentingnya penjenamaan digital dan bagaimana nama domain boleh menjadi aset digital yang berharga.

“Hasil pemerhatian dan pemantauan MYNIC di bawah program Komuniti .MY, kami dapati latihan pendigitalan ini berjaya memberi impak yang ketara dan pencapaian yang memberangsangkan  mana ia bukan sahaja membantu peningkatan pendapatan perniagaan yang ketara tetapi juga berjaya membawa perniagaan mereka ke satu peringkat yang lebih baik dan sekaligus mampu bersaing dalam pasaran ekonomi digital yang lebih kompetitif”, kata Hasnul.

“Komuniti .MY diilhamkan agar usahawan dapat berkumpul di bawah satu payung dan berkongsi pengalaman, pandangan serta menimba ilmu baru melalui seliaan jurulatih bertauliah dari MYNIC”, jelas Hasnul lagi.

Sebagai agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), MYNIC memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi digital sebagai pembangun serta pengurus nama domain .MY. MYNIC juga akan berusaha untuk membolehkan dan memperkasakan PMKS  mendalami ekosistem e-dagang supaya dapat menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

TAMAT

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Norfaiqah Ramlan
Jabatan Pemasaran dan Komunikasi
MYNIC Berhad
No telefon: 017-3234050
Emel: norfaiqah@mynic.my

Nurul Hidayah ketika program Riuh Shah Alam pada tahun lepas
Wajah hadapan premis digital Nurul Hidayah menggunakan nama domain hidayacookies.com.my
Wajah hadapan premis digital Fatin Amira dan suaminya Taufiq menggunakan nama domain dapurkakmanja.my
Sesi Webinar Cerita.MY Saya bersama pasangan suami isteri Fatin Amira dan Taufiq baru-baru ini

You may also be interested in: