Penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) kini bukanlah lagi satu pilihan malah satu kewajipan terutamanya buat usahawan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS). Sebagai kelompok yang mewakili 96.1% daripada keseluruhan perniagaan di Malaysia, PMKS sering berdepan dengan cabaran berkaitan modal dan tenaga pekerja (SME Corp. Malaysia, 2024). Usahawan cenderung untuk menggunakan AI oleh kerana ianya mudah untuk diakses dan boleh digunakan secara percuma. Walau bagaimanapun, masih ramai usahawan yang tidak tahu cara untuk memanfaatkan AI dengan baik.
