Accessibility & Settings

DEACTIVATE READER VIEW
×

Search For:

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors

MYNIC Rancakkan Ekonomi Digital Negara Dengan Menyediakan Inisiatif Khas Kepada Orang Kelainan Upaya

CYBERJAYA, 6hb Februari 2020 – Bagi menyokong dan merancakkan adaptasi teknologi di kalangan orang kelainan upaya (OKU) di Malaysia, MYNIC telah mengumumkan dan bakal mengadakan program latihan ICT dan media sosial kepada beberapa organisasi OKU di seluruh negara. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif yang bertujuan untuk mempromosikan serta menggalakkan penyertaan semua pihak secara inklusif dalam mengikuti arus digital Malaysia.

Sebagai permulaan, MYNIC telah mula mendapatkan kerjasama daripada beberapa persatuan OKU seperti Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD), Persatuan Pemulihan Orang Cacat Malaysia dan OKU Sentral untuk memberikan latihan kepada ahli-ahli persatuan bermula dari bulan Mac 2020 di Wilayah Selatan Malaysia yang melibatkan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Inisiatif ini adalah untuk meningkatkan adaptasi teknologi digital khususnya di kalangan OKU dan untuk membantu transformasi perniagaan sedia ada daripada perniagaan luar talian ke perniagaan dalam talian.  Bagi merealisasikan usaha ini, latihan ini adalah supaya laman sesawang mereka dapat dihubungkan dengan enjin carian (SEO) dan cara-cara untuk menarik pelanggan dari platform media sosial kepada laman sesawang mereka.  Latihan yang diadakan juga akan mengajar bagaimana untuk membangunkan sesebuah laman sesawang dan merangkumi strategi bagi meningkatkan jenama digital mereka.

Sehubungan dengan itu, MYNIC juga menawarkan diskaun khas 50% untuk seumur hidup kepada OKU bagi pendaftaran nama baharu domain .MY.

YBhg. Datuk Hasnul Fadhly Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC berkata, “Di MYNIC, matlamat kami adalah untuk merapatkan jurang serta menyediakan peluang dengan menyediakan platform kepada semua golongan masyarakat. Kami mahu mengimbangi pasaran dan mempromosikan peluang keupayaan digital kepada komuniti OKU supaya mereka juga dapat memanfaatkan revolusi digital Malaysia.”

“MYNIC menyokong sepenuhnya aspirasi dan usaha Kerajaan untuk meningkatkan infrastruktur ICT bagi memperkasakan ekonomi digital Malaysia. Bersama-sama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), kami juga memainkan peranan dalam menyediakan masa depan digital untuk negara, dengan membuka peluang untuk inovasi digital serta memacu ekonomi digital sebagai tonggak utama ekonomi negara,” kata Datuk Hasnul.

Dengan diskaun 50% MYNIC untuk individu OKU, mereka yang layak hanya perlu membayar RM60 setahun untuk pendaftaran baru nama domain .MY dan harga yang sama bagi tahun-tahun seterusnya.  Untuk menikmati diskaun ini, individu OKU mestilah berumur 18 tahun dan ke atas, serta mempunyai dokumen sokongan termasuk kad pengenalan asal mereka (NRIC) dan kad OKU yang sah oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) semasa mendaftar.

Diskaun adalah sah untuk pendaftaran nama domain .MY baharu dan setiap OKU berhak mendaftar sehingga lima nama domain .MY. Pendaftaran untuk nama domain .MY boleh dilakukan secara dalam talian www.ichoose.my atau melalui agen jualan rasmi MYNIC yang telah dilantik.

Antara Agen Jualan MYNIC yang dilantik untuk inisiatif ini adalah Cynet Hosting (www.cynet.com.my), Multi Domain Resources and Services (myduniahosting.com), Basket Asia Sdn Bhd (www.basketasia.com.my), Exabytes Network Sdn Bhd (www.exabytes.my), First Online (M) Sdn Bhd (www.firstonline.com.my), dan Modernone Data Solutions Sdn Bhd (www.nocser.net).

Layari mynic.my/okubenefits untuk maklumat lanjut.

-TAMAT-

You may also be interested in: