BUKAN SEKADAR POSTING GABUNGKAN BLOG, VIDEO & INFOGRAFIK UNTUK MENANG PERHATIAN!
Publications
07 September 2026
“Kenapa saya sudah rajin membuat kandungan, tetapi pelanggan masih tidak kenal, tidak percaya dan tidak membeli?”
Inilah dilema yang dihadapi oleh ramai usahawan. Mereka menghasilkan posting demi posting, tetapi kandungannya tidak mempunyai strategi. Sedangkan, pada 2026, 91% perniagaan menggunakan video sebagai alat pemasaran, manakala 93% pemasar video menganggap video penting dalam strategi mereka.
