Pagi urus stok. Tengah hari layan pelanggan. Petang pula sibuk siapkan penghantaran. Bila semua urusan selesai, masih perlu fikir satu lagi perkara — nak post apa di media sosial hari ini? Bagi usahawan PMKS, menguruskan media sosial secara konsisten bukan mudah apabila banyak perkara lain perlu diberi perhatian. Tambahan pula, media sosial memerlukan kandungan yang sentiasa dikemas kini supaya perniagaan kekal aktif dan mudah ditemui oleh pelanggan.
