Ramai usahawan melangkah ke dunia media sosial dengan semangat tinggi tetapi tanpa arah tuju yang jelas. Akaun dibuka di pelbagai platform dan kandungan dimuat naik setiap hari, namun hasilnya tidak memberangsangkan, “like” tidak meningkat, jualan juga kekal perlahan. Sebenarnya, ia bukan soal kebolehan, tetapi tentang memilih platform yang benar-benar sesuai dengan sasaran pelanggan. Dalam dunia digital dengan lebih 4.9 bilion pengguna media sosial global serta rakyat Malaysia yang menghabiskan lebih 3 jam sehari di media sosial (We Are Social & Meltwater, 2024), pemilihan platform yang tepat kini menjadi strategi penting untuk terus bertahan dan berkembang.
