Elakkan kata kunci yang terlalu padat agar kandungan tetap mesra pembaca dan bebas penalti dari Google. Selain itu, perbaharui senarai kata kunci anda setiap tiga hingga enam bulan untuk menyesuaikan dengan perubahan aliran semasa. Utamakan kata kunci yang mesra telefon mudah alih juga dapat membantu berikutan majoriti pengguna di Malaysia menggunakan peranti mudah alih. Tambahan itu, pastikan kata kunci yang dipilih sesuai dengan tujuan carian seperti ingin mendapatkan maklumat, mencari laman web tertentu atau berniat untuk berbelanja.
